MESYUARAT AGUNG PERSIAP PENJARA KLUANG KALI KE-6


Pada 13 Mac 2012 (Selasa) bertempat di Dewan Sri Siantan, Penjara Kluang telah diadakan Mesyuarat Agung PERSIAP Kali Ke-6. Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh PKK Mat Rasid Bin Jahlil, Pengarah Penjara Kluang selaku Penasihat PERSIAP Penjara Kluang dan dipengerusikan oleh beliau sendiri.




 Pada majlis ini juga turut diadakan pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak, pertandingan kolaj bahan-bahan dapur bagi kategori tahap 1, pertandingan melukis bagi kategori tahap 2 dan pertandingan gubahan tuala, membuat mee bandung, membuat puding dan manisan untuk kategori kaum ibu.

 Pemenang pertandingan kategori ibu

 
 Pemenang pertandingan kategori tahap 1

Pemenang pertandingan kategori tahap 2

 Antara karya yang dihasilkan oleh anak-anak 
ahli PERSIAP Penjara Kluang




Antara hasil kerja tangan kaum ibu PERSIAP Penjara Kluang

Disamping itu, turut diadakan adalah  penyampaian cenderahati untuk AJK PERSIAP tahun 2010-2011 dan cabutan nombor bertuah.


Pada akhir mesyuarat, Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli di atas kehadiran, sumbangan dan tenaga kerja dalam menjayakan Mesyuarat Agung PERSIAP Kali ke-6 serta kerjasama ahli-ahli dalam apa jua program yang dianjurkan. Beliau berharap semua ahli akan mengambil bahagian dalam apa jua program yang bakal dijalankan.


0 comments:

Catat Ulasan