MESYUARAT AGUNG PERSIAP PENJARA KLUANG KALI KE-6


Pada 13 Mac 2012 (Selasa) bertempat di Dewan Sri Siantan, Penjara Kluang telah diadakan Mesyuarat Agung PERSIAP Kali Ke-6. Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh PKK Mat Rasid Bin Jahlil, Pengarah Penjara Kluang selaku Penasihat PERSIAP Penjara Kluang dan dipengerusikan oleh beliau sendiri.




 Pada majlis ini juga turut diadakan pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak, pertandingan kolaj bahan-bahan dapur bagi kategori tahap 1, pertandingan melukis bagi kategori tahap 2 dan pertandingan gubahan tuala, membuat mee bandung, membuat puding dan manisan untuk kategori kaum ibu.

 Pemenang pertandingan kategori ibu

 
 Pemenang pertandingan kategori tahap 1

Pemenang pertandingan kategori tahap 2

 Antara karya yang dihasilkan oleh anak-anak 
ahli PERSIAP Penjara Kluang




Antara hasil kerja tangan kaum ibu PERSIAP Penjara Kluang

Disamping itu, turut diadakan adalah  penyampaian cenderahati untuk AJK PERSIAP tahun 2010-2011 dan cabutan nombor bertuah.


Pada akhir mesyuarat, Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli di atas kehadiran, sumbangan dan tenaga kerja dalam menjayakan Mesyuarat Agung PERSIAP Kali ke-6 serta kerjasama ahli-ahli dalam apa jua program yang dianjurkan. Beliau berharap semua ahli akan mengambil bahagian dalam apa jua program yang bakal dijalankan.


MAJLIS SUAI KENAL BERSAMA WANITA 1 KDN DAN MESYUARAT AGUNG PERSIAP PENJARA KLUANG KALI KE-6


Majlis Suai Kenal Bersama Wanita 1 KDN telah diadakan pada 13 Mac 2012 bertempat di Dewan Sri Siantan, Penjara Kluang, Johor. Majlis ini telah dianjurkan oleh PERSIAP Penjara Kluang dan telah dihadiri oleh jemputan yang terdiri daripada pengerusi-pengerusi pertubuhan wanita daerah Kluang, pemimpin-pemimpin wanita komuniti Semberong dan wakil-wakil agensi Kementerian Dalam Negeri di sekitar daerah Kluang. Antaranya Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), PERKEP Polis Diraja Malaysia, PERISMA Jabatan Bomba Malaysia, PUSPANITA Daerah Kluang, Jabatan Imigresen, RELA, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pendaftaran Negara. Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Penjara Kluang, PKK Mat Rasid bin Jahlil.

Majlis ini dianjurkan adalah bertujuan untuk berkenalan antara satu sama lain memandangkan Pengerusi PERSIAP Penjara Kluang baru menerajui persatuan untuk tahun 2012 ini di samping merapatkan silaturahim antara agensi dan jabatan di sekitar daerah Kluang ini dengan ahli PERSIAP Penjara Kluang. Para jemputan diraikan dengan persembahan band dari Jabatan Penjara Malaysia. Pada majlis tersebut juga, seramai 10 orang anak-anak kakitangan Penjara Kluang telah diberikan cenderahati anak-anak cemerlang 5 A UPSR dan 8 A PMR  tahun 2011.
 Pengerusi PERSIAP Penjara Kluang Pn. Zainizah bte Zainudin
menyampaikan ucapan salam perkenalan kepada tetamu yang hadir

 Pengarah Penjara Kluang, PKK Mat Rasid bin Jahlil 
beramah mesra dengan tetamu yang hadir


Pengerusi PERSIAP Penjara Kluang beramah mesra 
dengan tetamu yang hadir


 Pengerusi menyampaikan cenderahati kepada
anak-anak cemerlang UPSR dan PMR tahun 2011

Diharap semoga PERSIAP Penjara Kluang dapat bekerjasama dengan semua agensi kementerian dalam negeri dan pertubuhan-pertubuhan lain daerah Kluang didalam menjayakan program dan aktiviti yang akan diadakan.
 

Jamuan Perpisahan Pengerusi PERSIAP Penjara Kluang

Pada 10.2.2012, PERSIAP Penjara Kluang telah mengadakan jamuan perpisahan untuk Pengerusi PERSIAP, Pn. Roslina bte Kamaluddin, sempena pertukaran Pengarah Penjara Kluang. Jamuan tersebut telah diadakan di Restoran Bisik-Bisik, Batu Pahat, Johor dan telah dihadiri oleh ahli PERSIAP serta kakitangan wanita Penjara Kluang sebagai menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberi oleh beliau.

 Ketibaan yang diraikan, Pengerusi PERSIAP Penjara Kluang,
Pn. Roslina bte Kamaluddin. 


Jamuan perpisahan Pengerusi PERSIAP, Pn. Roslina bte Kamaluddin.


Antara kakitangan wanita yang hadir ke Jamuan Perpisahan 
Pn. Roslina bte Kamaluddin.





Ahli PERSIAP yang turut sama hadir.

 Pengerusi berhibur dengan menyampaikan lagu 
khas untuk ahli yang hadir.


 Pn. Roslina bte Kamaluddin menyampaikan
ucapan kepada ahli yang hadir.


Sumbangan cenderahati dari PERSIAP Penjara Kluang
untuk Pn Roslina bte Kamaluddin.


Seluruh warga PERSIAP Penjara Kluang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Roslina bte Kamaluddin sekeluarga di atas jasa dan sumbangan yang telah beliau berikan dalam membangunkan aktiviti PERSIAP. Semoga puan sentiasa beroleh kesihatan yang baik dalam kehidupan. Amin.
 

 




Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Johor



Pada 19 Disember 2011, Persiap Kluang telah menghantar wakil untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Wanita yang bertempat di Persada Johor Bahru. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Shahrizat bte Jalil, Menteri Pembangunan Wanita Dan Keluarga.


Majlis Sambutan Hari Wanita
Peringkat Negeri Johor 2011

Wakil PERSIAP yang hadir


Pendaftaran Ahli untuk Majlis
Sambutan Hari Wanita












AKTIVITI MEMPELAJARI CARA-CARA MEMBUAT KEK LAPIS SARAWAK


Pada 28 Oktober 2011, Persiap Kluang telah menjemput Pn. Suraya Atiqah bte Jamali iaitu isteri kepada Insp. Zakhirudin untuk menunjukkan kepada ahli-ahli Persiap cara membuat kek lapis Sarawak.



Pn. Suraya memberi tunjuk ajar kepada


Ahli Persiap yang hadir



Ahli Persiap yang hadir sedang khusyuk
mendengar penerangan Pn. Suraya.

Ahli Persiap yang hadir mencuba untuk membancuh
kek lapis sarawak.


Kek lapis sarawak yang telah siap di masak
dan sedia untuk di hidangkan.

AJK PERSIAP Kluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Suraya Atiqah bt Jamali kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada semua Ahli Persiap yang hadir