UCAPAN TAKZIAH

Seluruh warga Persiap Penjara Kluang ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli Persiap Kluang , Pn Nor Azmizah bt Radzi ( 27 tahun ) diatas kematian suami Allahyarham Mohd Shahril bt Darsan ( No patil : 15696) yang telah kembali kerahmatullah pada 3 Julai 2010 disebabkan kemalangan di Bt 6, Jalan Mersing. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah...

Persiap Kluang juga mendoakan semoga Pn Azmizah tabah dan cepat sembuh dari kecederaan yang di hadapi..

PROGRAM KEMBARA MAHKOTA JOHOR






KEMBARA MAHKOTA JOHOR
TARIKH : 26 JUN 2010

Sempena Kembara Mahkota Johor, Persiap Kluang telah mengikuti beberapa aktiviti yang dianjurkan Seramai 30 orang anak dan Persiap telah mengikuti J- Robik bersama Sultan dan Sultanah Johor di Dataran Tasik Kluang.,

Pada sebelah malam Persiap telah sama-sama meraikan Sultanah Johor di jamuan makan malam di Kolam Renang Stadium Kluang Barat. Persiap turut diminta membuat persembahan dan menyampaikan cenderahati dari Persiap Penjara Kluang.