Jamuan Hari Raya Penjara Kluang


Pada 20 September 2011 Penjara Kluang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di Dewan Siantan. Majlis tersebut berlangsung dengan begitu meriah dengan di hadiri oleh PKK Roslan bin Hj. Mohamed dan isteri serta kakitangan Penjara Kluang yang lain. PERSIAP Kluang juga turut menyampaikan sumbangan duit hari raya kepada anak-anak kakitangan Penjara Kluang.








Lawatan Kebajikan PERSIAP Kluang

Pada 19 September 2011, PERSIAP Kluang telah melawat Pn. Normah bte Ahmad, isteri kakitangan Penjara Kluang, KPL 7387 Jailani bin Abu Yamin yang menghidap penyakit barah payudara.Lawatan ini bersempena Hari Raya Aidilfitri dan telah dihadiri oleh Pengerusi PERSIAP, Pn Roslina bte Kamaludin serta beberapa ahli PERSIAP yang lain.



Pengerusi menyampaikan sumbangan pesakit kronik daripada Persiap alaysia kepada Pn. Normah. Terima kasih kepada Persiap Malaysia atas sumbangan yang telah diberikan. Semoga kesihatan yang baik sentiasa mendekati Pn. Normah. Amin.




Lawatan Kebajikan Sempena Hari Raya

PERSIAP Penjara Kluang dengan berbesar hati telah berkunjung ke rumah Adik Arissa Hayra bt. Mohd Nasir yang lebih dikenali dengan adik Aisyah. Adik Aisyah telah menghidap penyakit hati.( BILLIARY DUCT HYPOPLASIA )
Buat pengetahuan semua adik Aisyah sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menjalani pembedahan.Kunjungan ini telah dihadiri sendiri oleh Pengerusi PERSIAP, Pn. Roslina bt. Kamaludin beserta beberapa ahli PERSIAP yang lain. PERSIAP Kluang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik Aisyah dan sedikit sumbangan telah diberi oleh PERSIAP sempena Hari Raya ini.












PERSIAP Kluang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik Aisyah dan sedikit sumbangan telah diberi oleh PERSIAP sempena Hari Raya ini. Persiap Kluang juga berdoa agar adik Aisyah akan bertemu dengan penderma yang sesuai.Salam sayang buat adik Aisyah.







Jamuan Hari Raya PERSIAP Malaysia



PERSIAP Kluang telah di jemput untuk turut sama menghadiri Majlis Hari Raya dan Penyampaian Anugerah kepada anak cemerlang anjuran PERSIAP Malaysia pada 17hb September yang bertempat di Maktab Penjara Malaysia. Dikesempatan ini PersiapKluang ingin mengucapkan tahniah kepada 10 orang penerima anugerah dari kalangan anak-anak ahli Persiap Kluang. Kami mendoakan anak-anak akan berjaya di dunia dan akhirat.Terima kasih PERSIAP Malaysia atas pengiktiraan yang telah diberikan.









Ahli PERSIAP Penjara Kluang yang turut hadir.

Jualan Hari Raya PERSIAP Kluang






Pada Hari Raya ketiga dan keempat PERSIAP kluang telah mengadakan jualan sempena Perjumpaan Hari Raya Banduan yang bertempat di Dataran Kawat Penjara Kluang. Ia telah dihadiri sendiri oleh Pengerusi PERSIAP Kluang, Pn Roslina bt Kamaludin yang turut membantu ahli PERSIAP dalam mengadakan jualan tersebut. Sambutan amat menggalakkan daripada orang awam semasa perjumpaan tersebut. Terima kasih kepada ahli yang sudi membantu dan seterusnya meningkatkan ekonomi PERSIAP Kluang.


Majlis Tadarus Al-Quran dan Berbuka Puasa



Majlis ini telah di adakan pada 18 Ogos 2011 (Khamis) bertempat di Masjid Al-Muhaimin, Penjara Kluang, Johor. Majlis tersebut telah dimulakan dengan Bacaan Tadarus dan Khatam Al-Quran bermula Jam 3.00 petang dan seterusnya Majlis Berbuka Puasa serta Solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah. Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran PKK Roslan bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Kluang.





Kumpulan tadarus dan khatam Al-Quran







PKK Roslan Bin Hj. Mohamed menyampaikan sumbangan kepada peserta tadarus dan penduduk kampung berdekatan.







Pengerusi PERSIAP Pn. Roslina bte Kamaluddin menyampaikan sumbangan kepada peserta tadarus.



Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Penjara Kluang, Johor


KURSUS JAHITAN LANGSIR











Bengkel jahitan langsir telah diadakan pada 4 hingga 6 Ogos 2011 dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Dewan Teratai, Penjara Kluang. Program ini adalah dengan kerjasama diantara Persiap Kluang dan Kolej Komuniti Segamat, Johor. Seramai 24 orang ahli Persiap Kluang telah turut serta dalam program ini. Objektif program ini adalah untuk membantu ahli untuk menjana pendapatan hasil dari kemahiran yang ddiberikan. Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan tenaga pengajar yang begitu sabar menjalani kursus ini walaupun di bulan ramadhan, Terima kasih dan penghargaan kepada Kolej Komuniti , Segamat yang sudi berkerjasama dan memberikan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini.

" ILMU DITINGKATKAN KEBAJIKAN DIUTAMAKAN"

Program Motivasi Dan Qiamulail Pelajar UPSR, PMR, SPM dan STPM




Tarikh : 16 & 17 Julai 2011
Tempat : Masjid Al-Muhaimin Penjara Kluang
Penceramah Jemputan : Ustaz Musollini & Ustaz Azhar

Persiap Kluang telah menganjurkan Program Motivasi dan Qiamulail untuk anak-anak Ahli PERSIAP yang bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun ini. Program ini telah dihadiri seramai 110 peserta. Program tersebut bertujuan untuk memberi motivasi kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan di samping memohon kepada Yang Esa semoga beroleh kejayaan di dalam peperiksaan tersebut. Terima kepada semua ibu bapa yang telah sama-sama menghadiri program ini. Mudah-mudahan anak-anak Ahli PERSIAP Penjara Kluang akan beroleh kejayaan. Amin.

KEJOHANAN BOWLING KALI KE 3/2011

Pn Sarah- pemenang jatuhan pin terbanyak.


JOHAN-KEJOHANAN BOWLING 2011



AJK PERSIAP KLUANG

Kejohanan Bowling Persiap Kluang kali ke3/2011 telah diadakan pada 1 Julai 2011 jam 8.00 malam di Kluang Parade, KLUANG, JOHOR. Pertandingan antara blok ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan dari ahli-ahli Persiap Kluang. Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara Kluang selaku Penasihat Persiap Kluang. JOHAN pada kali ini dimenanagi oleh kumpulan yang terdiri daripada Puan Zarina , Pn Sarah dan Puan Zarina Shahril, Naib Johan daripada blok G1 dan tempat ke 3 jatuh kepada blog G4, Terima kasih kepada semua yang terlibat. Tahniah kepada Biro Sukan yang telah berjaya mengelolakan kejohanan kali ini dengan baik dan lancar.