LAWATAN SAMBIL BELAJAR






LAWATAN KE KILANG BERAS SYARIKAT FAIZA SDN BHD
Tarikh : 20 Mei 2011
Masa : 3.00 Ptg
Tempat : Syarikat Faiza Sdn Bhd. Batu Pahat Johor

PERSIAP Kluang telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kilang Beras Syarikat Faiza, Batu Pahat Johor. Lawatan tersebut telah dihadiri seramai 34 orang ahli dan kakitangan. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat oleh wakil syarikat, Mejar (B) Onn b Abd Wahab, Pegawai Perhubungan Awam. Kemudian, ahli lawatan telah dibawa melawat di sekitar kilang. Dengan penganjuran lawatan ini, sedikit sebanyak ahli telah mendapat ilmu bagaimana proses pengeluaran beras mulai dari penerimaan dari pembekal, pencucian, sehingga pembungkusan mengikut jenis dan gred.








Jasamu Ku Kenang











MAJLIS HI-TEA SEMPENA PERPISAHAN AJK
Tarikh : 10 MEI 2011
Masa : 3.30 petang
Tempat : Restoran Gazebo, Taman Tasik Kluang

Majlis telah diadakan bagi meraikan Pn Bandiah Bt Mainon @ Jamil, Naib Pengerusi yang berpindah ke Penjara Sungai Petani. Majlis telah dihadiri seramai 50 AJK dan ahli.