MAJLIS MAULIDUR RASUL






Sambuatan Maulidur Rasul Persiap Kluang telah diadakan pada 24 Feb 2011 ( rabu ) jam 2.30 ptg di Dewan Teratai Penjara Kluang. Majlis diserikan persembahan nasyid oleh ahli-ahli , ceramah yamg disampaikan oleh Ustaz Bongkari bin Marimun .

Turut menyerikan majlis adalah kehadiran PKK Roslan bin Hj Mohamed dan timbalan penguasa yang turut serta memberikan sokongan terhadap aktiviti Persiap. Persiap Kluang merakamkan terima kasih diatas sokongan yang diberikan.

Terima kasih juga kepada semua ahli-ahli yang sudi hadir membeikan sokongan keatas aktiviti yang telah dijalankan dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat...........

MESYUARAT AGUNG KALI KE 5






Mesyuarat agung kali ke 5 Persiap Kluang telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah kehadiran yang sangat menggalakkan pada tahun ini. Sesungguhnya kehadiran puan-puan merupakan sokongan kepada Persiap Kluang. Semoga Persiap Kluang terus maju dimasa-masa akan datang.

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG






Perasmian MESYUARAT AGUNG PERSIAP KLUANG YANG KE 5, telah diadakan pada 19 hb Februari 2011 ( sabtu ). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh PKK Roslan bin HJ Mohamed selaku penasihat kepada Persiap Kluang.

Majlis dimulakan dengan persembahan koir " sumpah persiap" oleh kumpulan koir persiap kluang. Tahniah diatas komitmen yang diberikan. Terima kasih kepada pegawai-pegawai kanan yang hadir memberi sokongan kepada Persiap Kluang.

MAJLIS ANUGERAH ANAK CEMERLANG






Majlis penyampaian anugerah anak cemerlang peringkat Persiap Kluang telah disempurnakan oleh PKK Roslan bin Hj. Mohamed selaku penasihat Persiap Kluang. Tahniah kepada anak-anak yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR , PMR dan SPM 2010. Persiap Kluang berharap anugerah akan dapat membakar semangat anak-anak supaya terus cemerlang di dunia dan akhirat...

Bengkel Pemakaian Tudong






Program Bengkel Pemakaian tudong telah dijalankan dengan jayanya dibawah tunjuk ajar oleh ahli jawatankuasa Persiap kluang. Terima Kasih dan setinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Mardiana bt Yusof yang telah membuat demonstrasi bagi program tersebut.

PERTANDINGAN GUBAHAN





Pertandingan Gubahan pada tahun ini telah mendapat sambutan yang agak menggalakan daripada ahli-ahli Persiap. Pada tahun dua kategori telah dipertandingkan iaitu Gubahan Bunga dan Gubahan Sireh Junjung.

Pertandingan Gubahan Bunga telah dimenangi oleh Puan Fauziahana bt Husin, Pn Rohani bt Hussin dan Pn Asmah bt Aris. Bagi Pertandingan sireh junjung telah dimenangi oleh Pn Siti Rohijawati bt Abd Rahman, Pn Mardiana bt Hj Yusof dan Pn Normah bt Sodu. Tahniah kepada para pemenang dan terima kasih diatas komitmen yang diberikan.

MAJLIS BACAAN YASSIN






Majlis bacaan yassin Persiap Kluang telah diadakan di rumah persiap Penjara Kluang setelah terhenti buat seketika. Terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir kemajlis tersebut. Majlis bacaan yassin akan diadakan 2 minggu sekali setiap jumaat jam 3.oo ptg. Semua ahli dijemput hadir.

JASAMU DIKENANG






Persiap Kluang telah kehilangan dua orang yang penting dalam persatuan kami. Dua orang yang dimaksudkan adalah Puan Faredah Ishak selaku setiausaha Persiap Kluang yang telah berpindah ke kajang dan Pn Noreza selaku pen. bendahari dan orang kuat Biro Ekonomi telah berpindah ke Penjara Penor. Persiap kluang mendoakan semoga kedua-duanya berbahagia ditempat baru dan mengucapkan ribuan terima kasih diatas komitmen yang diberikan selama menjadi ajk Persiap Kluang. JASAMU TETAP KAMI KENANG.............................