Majlis Tahlil dan Marhaban Persiap Kluang






Majlis tahlil, Marhaban dan penyampaian sumbangan kepada Pn Ainibt Sharif Persiap Kluang telah diadakan pada 1 Oktober 2010 ( Jumaat ) jam 3 petang.
Seluruh warga Persiap Penjara Kluang ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli Persiap Kluang , Pn Aini bt Sharif ( 42 tahun ) bersama dua orang anaknya diatas kematian suami Allahyarham Abdul Hamid bin Abdul Kadir yang telah kembali kerahmatullah pada 9 September 2010 ( malam hari Raya ).Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah...

Hari Raya Bersama Ketua Pengarah




Majlis Hari Raya warga Penjara Kluang telah diadakan pada hari selasa , 21 September 2010. Turut sama menyerikan majlis pada hari tersebut,Ketua Pengarah Penjara Malaysia , Ybg Datuk Wira Hj.Zulkifli bin Hj Omar. Terima Kasih kepada Ybhg Datuk kerana sudi hadir besama-sama warga Penjara Kluang.
Persiap Kluang juga tidak ketinggalan menyampaikan duit raya kepada anak-anak Persiap Kluang. Terima Kasih kepada semua yang terlibat..