LAWATAN KEBAJIKAN







TARIKH ; 3 NOVEMBER 2010 ( RABU)
MASA ; 2.00 PETANG
TEMPAT ; G4, KOMPLEKS PENJARA KLUANG


Program Persiap sempena MKKI 2010 telah diakhiri dengan lawatan kebajikan ke rumah adik Arissa Hyra bt Mohd Nasir yang lebih dikenali sebagai adik aisyah yang menghidap penyakit hati. Rombongan lawatan telah diketuai oleh Yg Berbahagia Datin Wira Hjh Noraini bt Hj Man, Pengerusi-pengerusi cawangan dan AJK Persiap Kluang.

Pihak kami berharap dan sentiasa mendoakan agar Adik Aisyah akan cepat sembuh dan dapat menerima rawatan yang terbaik.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

" KENANGAN BERSAMA "






LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KIMBERLY CLARK PRODUCT
TARIKH ; 3 NOVEMBER 2010 ( RABU )
MASA ; 10.00 PAGI


Lawatan Sambil Belajar ke Kimberly CLARK PRODUCT telah diadakan sempena MKKI 2010. Persiap kluang bersama-sama dengan Pengerusi-pengerusi cawangan yang hadir telah turut serta dalam program ini. Turut serta dalam lawatan ini adalah yang dikasih Yg Berbahagia Datin Wira Hjh Noraini bt Hj.Man, Yg dipertua Persiap Malaysia.

Ucapan terima kasih dan penghargaan kapada semua yang terlibat ,terutamanya pihak KIMBERLY CLARK yang sudi menerima rombongan kami. Semoga ikatan ini akan dapat dikekalkan dimasa-masa yang akan datang.

PERTANDINGAN PERSAHABATAN BOWLING

" KENANGAN BERSAMA PERSIAP KLUANG "


" Tahniah - Persiap KLUANG "


Perasmian oleh Datin Wira Hjh Noraini Bt Hj Man,
Yg Dipertua Persiap Malaysia

" Team Persiap Kluang yang hebat-hebat semuanya. Tahniah dan terima kasih atas komitmen yang diberikan. Semoga Persiap Kluang terus maju"


PERTANDINGAN BOWLING PERSAHABATAN ZON SELATAN
TARIKH ;2 NOVEMBER 2010 ( SELASA)
MASA ;2.00 PETANG
TEMPAT ; PASIFIC BOWL, BATU PAHAT MALL

Sempena MKKI 2010 Persiap Kluang telah menganjurkan pertandingan persahabatan bowling zon selatan. Sebanyak 6 pasukan telah bertanding pada hari tersebut. Pengerusi-pengerusi
cawangan juga telah turut serta dalam acara VIP.

Kehadiran Y. Bhg. DATIN WIRA HJH NORAINI BT HJ MAN , Yg Dipertua Persiap Malaysia telah menyerikan lagi acara pada hari dan merasmikan pertandingan tersebut. Pertandingan bowling tersebut telah dimenangi oleh pasukan tuan rumah iaitu Persiap KLUANG yang diketuai oleh Pn Zainah. Tahniah kepada persiap kluang atas semua usaha yang telah dilaksanakan.

SAMBUTAN HARI PENJARA 2010





Tarikh : 1November 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.00pagi

Penjara Kluang telah diberikan amanah untuk menjadi tuan rumah bagi sambutan tahun ini. Hari Penjara pada tahun ini telah dirasmikan oleh
Y.B. Dato' Lee Chee Leong,Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Persiap juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menjayakan majlis tersebut.
Pengerus-pengerusi Persiap Cawangan juga telahturut serta untuk menjayakan majlis tersebut. Terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat.