SALAM AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA. MAAF ZAHIR BATIN DARI WARGA PERSIAP KLUANG.


Get the Selamat Hari Raya code at Myspace Graphics

SALAM RAMADHAN


PERSIAP KLUANG MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPI BULAN RAMADHAN. SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA.

PERKHEMAHAN KELUARGA
















Persiap Kluang telah turut serta didalam Perkhemahan Keluarga Pejara Kluang yang telah diadakan pada 3o hingga 31 Julai 2010.

MAJLIS QIYAMULLAIL DAN CERAMAH MOTIVASI






Biro Agama dan Pendidikan telah menganjurkan majlis Qiyamullail dan ceramah motivasi bagi anak-anak yang akan menghadapi UPSR, PMR DAN SPM 2010 pada 24 Julai 2010. Seramai 80 orang anak-anak, 15 orang ibu bapa dan 7 orang bapa yang telah turut serta dalam aktiviti ini. Persiap Kluang mendoakan semoga semua anak-anak akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan yang akan dihadapi.

AKTIVITI PERSIAP MALAYSIA




Seramai 19 orang ahli telah sama-sama menyertai aktiviti Petandingan Memasak ikan air tawar dan ayam kampung sera ceramah kesihatan anjuran Persiap Malaysia pada 24 Julai 2010.

BIRO LAWATAN DAN KEBAJIKAN




Biro Lawatan dan Kebajikan telah mengadakan lawatan ke hospital Kluang bagi melawat ahli yang bersalin, anak ahli yang terkena jangkitan kuman di paru-paru dan tidak ketinggalan seorang kopral di Bahagian Parol yang telah menjalani pembedahan kaki. Tahniah diatas usaha yang dijalankan.

BENGKEL PEMBUATAN ROTI






Biro Pendidikan Persiap Kluang telah menganjurkan Bengkel Pembuatan Roti pada 16 Julai 2010 bertempat di Rumah Persiap jam 3.00 petang. Seramai lebih kurang 30 orang ahli telah menyertai bengkel ini. Dua orang tenaga pengajar yang telah dijemput adalah Cik Norhayana bt Kasim dan Cik Noraziyan bt Nasir, Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga usaha ini akan dapat diteruskan dimasa-masa akan datang.

MAJLIS TAHLIL DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN





Biro agama dan biro Kebajikan telah mengadakan Majlis Tahlil dan penyampaian sumbangan kepada dua orang ahli Persiap yang telah kematian suami pada tahun 2010. Kedua-dua ahli tersebut adalah Puan Junaidah dan Pn Armiza.
Seramai lebih kurang 50 orang ahli telah turut serta di dalam majlis ini. Majlis tersebut telah diadakan pada 15 Julai 2010 jam , 3 petang.