MINI KARNIVAL PERMAINAN DALAMAN












Syukur alhamdullilah buat pertama kalinya Persiap Kluang telah berjaya mengadakan mini karnival permainan dalaman yang telah dijalankan pada 21 - 22 april 2011. Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan iaitu congkak, dam haji, dart dan carum. Karnival ini diadakan bagi mendapatkan bakat-bakat baru dalam permainan dalaman disamping mengeratkan silaturrahim diantara warga persiap penjara kluang. Tahniah diucapkan kepada Biro Pendidikan yang diketuai oleh Cik Salmah dan Pn Nor Asmah yang telah melaksanakan program ini dengan jaya. Begitu juga krew-krew yang telah sudi membantu menjayakan program ini. Kepada yang menang diucapkan tahniah dan yang kurang berjaya , insyallah boleh mencuba tahun depan.