JUALAN HARI RAYA






Selamat Hari Raya kepada semua warga Persiap. Sempena perjumpaan Hari Raya ( 12 dan 13 September 2010), Biro Ekonomi Persiap Kluang tidak ketinggalan mengadakan jualan kepada pengunjung. Hasil Jualan akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan Persiap Kluang. Terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan ativiti tersebut.Semoga semua usaha akan diberkati.

PERASMIAN DAN SUMBANGAN HARI RAYA.





Selamat Hari Raya kepada semua . Sempena sambutan Hari Persiap, Biro Kebajikan Penjara Kluang tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan kuih raya kepada kakitangan penjara yang bertugas pada pagi raya. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan Persiap Kluang. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Persiap Kluang kepada Pengarah Penjara Kluang pada hari tersebut. Selamat Bertugas dengan penuh tanggungjawab kepada semua.

SAMBUTAN HARI PERSIAP KE21






Selamat Menyambut ulangtahun Persiap yang ke 21. Sempena sambutan Hari Persiap ke 21Persiap Kluang telah mengadakan Majlis Taddarus dan Khatam Al-Quran pada hari Khamis ( 2 September 2010 ) di Masjid Muhaimin ,Penjara Kluang. Seramai 60 orang ahli telah sama-sama menjayakan majlis tersebut. Turut hadir menjayakan majlis tersebut Pengarah Penjara Kluang,PKK Tn Roslan bin Hj Mohamed dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai kanan yang turut hadir menjayakan majlis tersebut. Tidak ketinggalan kepada semua ahli Persiapyang sudi hadir. Sesungguhnya kehadiran anda semua merupakan sokongan kepada pihak kami. Selamat Ulang Tahun Persiap Ke 21..............

PROGRAM NUR HIDAYAH







Sempena program Nur Hidayah, pihak Persiap Kluang ingin merakamkan jutaan terima kasih di keperihatinan MPWK dan PERSIAP MALAYSIA yang sudi melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Adik Arissa Hayra( aisyah )( 1 tahun ) anak kepada pasangan Farhani binti Tasman dan Mohd Nasir bin Md Shah yang menghidap billiary duct hypoplasia.Semoga adik aisyah akan bertemu dengan penderma hati yang sesuai dan berjaya menjalani pembedahan.

PROGRAM NUR HIDAYAH

Program Nur Hidayah anjuran bersama Persiap Penjara Kluang bersama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga ( MPWK) dengan kerjasama LPPKN dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat. Program tersebut telah diadakan pada 21 Ogos 2010 besamaan 11 ramadhan 1431 di masjid Penjara Kluang

Majlis dimulakan dengan majlis tadarus AlQuran, Khatam AlQuran dan tazkirah. Majlis telah dirasmikan oleh Yg Berbahgia Datin Hjh Noraini bt Hj Man, Yang DiPertua Persiap Malaysia. Turut hadir di majlistersebut , Pn Noraslina bt Zainal Abidin ( Pengerusi MPWK Sembrong.

Seramai 100 orang Persiap disekitar Johor telah juga turut serta dalam program tersebut. Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga semua usaha yang dijalankan diberkati..........

MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis berbuka puasa kakitangan dan keluarga kompleks penjara Kluang bersama Pegawai Daerah Kluang telah diadakan pada 28 Ogos 2010 ( Sabtu) . Turut hadir pada hari tersebut adalah ketua- ketua jabatan daerah Kluang. Persiap Kluang juga telah tidak ketinggalan menyertai program tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat