MAJLIS SUAI KENAL BERSAMA WANITA 1 KDN DAN MESYUARAT AGUNG PERSIAP PENJARA KLUANG KALI KE-6


Majlis Suai Kenal Bersama Wanita 1 KDN telah diadakan pada 13 Mac 2012 bertempat di Dewan Sri Siantan, Penjara Kluang, Johor. Majlis ini telah dianjurkan oleh PERSIAP Penjara Kluang dan telah dihadiri oleh jemputan yang terdiri daripada pengerusi-pengerusi pertubuhan wanita daerah Kluang, pemimpin-pemimpin wanita komuniti Semberong dan wakil-wakil agensi Kementerian Dalam Negeri di sekitar daerah Kluang. Antaranya Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), PERKEP Polis Diraja Malaysia, PERISMA Jabatan Bomba Malaysia, PUSPANITA Daerah Kluang, Jabatan Imigresen, RELA, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pendaftaran Negara. Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Penjara Kluang, PKK Mat Rasid bin Jahlil.

Majlis ini dianjurkan adalah bertujuan untuk berkenalan antara satu sama lain memandangkan Pengerusi PERSIAP Penjara Kluang baru menerajui persatuan untuk tahun 2012 ini di samping merapatkan silaturahim antara agensi dan jabatan di sekitar daerah Kluang ini dengan ahli PERSIAP Penjara Kluang. Para jemputan diraikan dengan persembahan band dari Jabatan Penjara Malaysia. Pada majlis tersebut juga, seramai 10 orang anak-anak kakitangan Penjara Kluang telah diberikan cenderahati anak-anak cemerlang 5 A UPSR dan 8 A PMR  tahun 2011.
 Pengerusi PERSIAP Penjara Kluang Pn. Zainizah bte Zainudin
menyampaikan ucapan salam perkenalan kepada tetamu yang hadir

 Pengarah Penjara Kluang, PKK Mat Rasid bin Jahlil 
beramah mesra dengan tetamu yang hadir


Pengerusi PERSIAP Penjara Kluang beramah mesra 
dengan tetamu yang hadir


 Pengerusi menyampaikan cenderahati kepada
anak-anak cemerlang UPSR dan PMR tahun 2011

Diharap semoga PERSIAP Penjara Kluang dapat bekerjasama dengan semua agensi kementerian dalam negeri dan pertubuhan-pertubuhan lain daerah Kluang didalam menjayakan program dan aktiviti yang akan diadakan.
 

0 comments:

Catat Ulasan